Pages

Monday, January 25, 2016

KEM MODAL INSAN AGROTOURISM HOMESTAY, PARIT PENGHULU


Assalammualaikum... kali ni nak cerita pasal Kem Kepimpinan yang dibuat oleh pihak kaunselor sekolah..hanya 2 hari 1 malam yang bertempat di Parit Penghulu.. kem tersebut melibatkan pengawas asrama, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.. Lebih kurang 4 bas pengangkutan dari sekolah ke Parit Penghulu ini..

Aku memang baru pertama kali sampai di sini.. tapi aku memang tertarik hati dengan keadaan persekitaran yang banyak dengan pokok-pokok dan terjaga rapi.. kawasan dewan dan ruang makan yang besar dan bersih.. di kawasan ini juga banyak terdapat haiwan-haiwan peliharaan seperti kambing, kuran-kuran, anak monyet dan macam-macam lagi..tiba-tiba aku rasa macam buat karangan SPM pula..
tapi yang paling menarik sekali terdapat koleksi barang-barang antik yang dibuat hiasan dikawasan dewan..ada duit syiling lama..pedang..gong dan banyak lagi..

walaupun aku datang sekejap je kat kawasan kem ni tai aku dapat rasa ketenangan bila tinggal di sini.. setara dengan harga yang ditawarkan.. aku rasa sesuai la kawasan ni dengan program kepimpinan yang dianjurkan.. semoga anak didik pemimpin yang ada ni dapat impak yang bagus..

Umair pun kebetulan ikut aku sebab nenek takde di rumah rasa teruja.. dapat banyak ilmu bila dapat tengok dan pegang haiwan ternakan dan barang-barang antik yang ada.. teruja juga sebab pertama kali dapat tengok angsa secara dekat.

cantik kan...
jadi, jom kita layan gambar..
Antara guru yang terlibat untuk sesi pagi ni
anank-anak pelajar tidak melepaskan peluang

teruja dapat naik atas sampan tepi rumah





























No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...